Adab-adab musafir
Slot Tarbiyyah, Ikim. fm
- 10 pagi 14/3/2014
Ujian mereka pengajaran buat kita.
* Adab-adab bermusafir*
1) Melakukan solat istikharah terlebih dahulu sblum musafir.
Kadangkala kita terlupa utk menyerahkan urusan pd Allah, mohon pd Allah agar memberi petunjuk kpd kita sblum bermusafir dan merujuk pd orang2 alim. Kita boleh merujuk mereka utk bertanya dan meminta pendapat contohnya bilakah waktu yg sesuai utk kita mulakan perjalanan, kerana mereka merupakan antara orang yg mendapat petunjuk.
2) Pelajari ilmu tentang selok belok musafir.
Antara syarat utk melakukan solat jamak & qasar adalah, kita mesti tahu N yakin yg kita mmg boleh melakukan solat jamak qasar pd waktu itu, bukan main agak-agak dan tidak pasti samada boleh dijamak qasar atau tidak.
3) Melakukan solat sunat safar iaitu solat sunat musafir.
Solat sunat 2 rakaat sblum keluar dari rumah. Lepas selesai solat, muhasabah diri.. mungkin inilah solat terakhir yg dilakukan dlm hidup, mungkin itulah solat terakhir di rumah. Kerana, adanya pergi tak kembali bila kita keluar dari rumah.
Bahkan sewaktu berada di rumah sekalipun, Imam Ghazali mengajarkan kpd kita.. jgn yakin kita akan hidup sampai ke petang. Bila ptg jgn yakin kita akan hidup smpai ke mlm, pagi dan seterusnya. Apatah lagi bila kita keluar drp rumah.
Bila kita bermusafir, ada kemungkinan inilah saat terakhir kita keluar. Bayangkan itu adalah kali terakhir kita menatap wajah ibu, bapa dan keluarga.
Nabi S.A.W. apabila keluar bermusafir, baginda akan mendoakan keluarga baginda dan menyerahkan segala urusan keluarganya agar dijaga oleh Allah.
Allah S.W.T. akan menjaga sesuatu yg kita minta DIA jaga.
4) Kita disunatkan utk selalu MEMBERI wasiat kpd keluarga sebelum keluar dari rumah utk bermusafir.
Wasiat tidak bermakna harta. Contoh, pesan kpd mereka agar memelihara solat, agama, memelihara aurat dan sebagainya.
5) Kita juga disunatkan MEMINTA wasiat drp orang2 soleh.
Kita mungkin selamat dlm permusafiran, namun siapa tahu jika orang soleh itu yg akan mendahului kita dulu menemui Tuhan. Maka, sekurang2nya kita sempat meminta nasihat dan doa drp beliau buat kali terakhir.
6) Bertakbir ketika berada di tempat tinggi.
"Allahuakbar.."
Contohnya sewaktu naik kapal terbang, naik lif, kenderaan mendaki bukit, bangunan tinggi dan lain2.
7) Mengucapkan "subhanallah.." apabila berada di tempat rendah.
Contohnya sewaktu kapal mendarat, menuruni bukit, lif dan lain2.
8) Banyakkan berdoa sewaktu bermusafir.
3 golongan yg tidak ditolak doanya adalah orang yg sedang bermusafir sehinggalah dia pulang ke rumahnya.
9) Disunatkan meminta orang yg ingin bermusafir agar mendoakan untuk kita.
10) Bersedekah sebelum musafir.
Comments